Makan-Makan di Terengganu. Powered by Blogger.

Pencinta Makanan Terengganu

Saturday, June 12, 2010

Nasi Kerabu Biru



Kalau anda nak tahu, inilah makanan yang dikenali sebagai Nasi Kerabu. Saya lebih gemar menggelarnya sebagai Nasi Kerabu Biru sebab ia berwarna biru. Bagi mereka yang berasal dari luar negeri pantai timur, mungkin mereka agak janggal untuk menikmati nasi kerabu ni disebabkan warna nasinya yang berwarna biru.

Kadang-kadang ada yang tersalah anggap tukang masak memasukkan pewarna tiruan kedalam nasi tersebut untuk mendapatkan warna biru. Namun sebenarnya, kalau saya tidak silap, warna itu terhasil disebabkan oleh campuran sejenis bunga iaitu bunga talang.

Selalunya saya akan membeli nasi kerabu dikedai makanan berdekatan kawasan Mengabang Telipot, Gong Badak dan kampung Tok Jembal. Kawasan paling popular adalah di Pasar Malam Gong Badak dan Pasar Malam berhadapan dengan UMT dan UDM.

Para pengunjung memang mudah untuk menikmati juadah ini kerana ia amat murah dan dijual dimana-mana sahaja. Harga standard untuk nasi kerabu adalah RM2.50 hingga RM3.50 bergantung kepada kuantiti lauk yang disertakan bersama nasi biru.

Percayalah, anda pasti akan puas apabila menikmati juadah ni.. sedap gile!! Nyum-nyum... Kalau nak merasai juadah ni, silalah berkunjung Ke negeri Terengganu ye... :)

Oleh kerana pasti ramai yang akan tertanya-tanya bagaimana kaedah memasak nasi biru, maka saya berusaha mendapatkan resepi ni daripada seorang rakan perempuan. Dibawah adalah resepinya.. apa lagi, cubalah..hehe

Resepi Nasi Biru (Nasi Kerabu)


Bahan-Bahan:

3 cawan beras biasa

4 cawan air

1 batang serai ( diketuk)

10 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya)


Cara memasak:

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama serai, air bunga talang hingga masak.

Nama Makanan : Nasi Kerabu


Tempat Makanan:

Dimana-mana sahaja di sekitar Terengganu yang ada menjual Nasi Kerabu. Tempat yang paling popular adalah di Pasar Malam dan Pasar minggu sekitar Terengganu.



0 comments:

There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails

Sila klik Pause jika tidak ingin mendengar lagu


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP