Makan-Makan di Terengganu. Powered by Blogger.

Pencinta Makanan Terengganu

Thursday, September 30, 2010

Jalan-jalan di bandar Kuala Terengganu pada waktu malam Siri 1



Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu. Ia telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Januari 2008. Kuala Terengganu mendapat gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air memandangkan lokasinya yang terletak dipersisiran pantai dan didaerah ini mempunyai banyak tapak warisan budaya dan alam semulajadi.



Pada 5 September yang lepas, saya dan seorang lagi kawan lelaki yang merupakan anak jati Kuala Terengganu bersiar-siar disekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu. Kami lepak-lepak di taman berhampiran syahbandar sambil menikmati keindahan bandar ini pada waktu malam. Sambil-sambil itu, saya sempat Snap-Snap!! mengambil gambar disekitar kawasan yang menarik.



Anda tidak perlu risau sekiranya berasa lapar atau haus kerana disana terdapat satu kedai runcit yang dibuka 24 Jam. Selain itu, dikawasan taman syahbandar, terdapat satu Tandas awam yang bernama Tandas Eksklusif dimana tahap kebersihan dan keindahannya dijaga rapi. Dengan hanya membayar RM0.50 sahaja, anda dapat menggunakan tandas yang bersih dan selesa.



Kawasan disekitar Syahbandar sangat mempesonakan. kenapa saya berkata begitu? sebab anda akan dapat menyaksikan cahaya lampu berwarna warni yang menerangi dikawasan sekitarnya. Terdapat juga lampu pelbagai warna yang diletak meliputi pokok-pokok pembahagi jalan dan sebagainya. Pada waktu inilah, sekali sekala kita dapat merehatkan minda walaupun berada dikawasan bandaraya.



Bagi mengelakkan perut kelaparan, kami menikmati minuman isotonik 100 plus dan kerepek kering siap bungkus. Dengan memakan keropok kering itu, barulah terasa benar-benar berada dinegeri Terengganu. Nasib baik malam-malam buta ni, keropok lekor tak dijual dikawasan sekitar Syahbandar.. kalau tak, memang gerenti keropok lekor menjadi santapan utama kami pada malam itu!

Jom Makan-makan di Terengganu!! Melancong sambil menikmati hidangan lazat!! Nyum-nyum..


0 comments:

There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails

Sila klik Pause jika tidak ingin mendengar lagu


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP